BDSwiss

Alat Analisis Automatik Terkemuka

Dapatkan Autochartist secara percuma dengan mendaftar akaun Dagangan Langsung BDSwiss.

Autochartist, pemalam pengimbas pasaran pertama di dunia, memantau 250+ CFD 24 jam sehari dan secara automatik memberi isyarat kepada pedagang mengenai peluang dagangan dan pembentukan trend yang penting dengan kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai harga ramalan!

Beberapa manfaat menggabungkan Autochartist dalam dagangan harian anda:

  • Menjimatkan masa yang berharga kerana tidak perlu mengimbas pasaran secara berterusan untuk mendapatkan peluang

  • Mengoptimumkan aras henti rugi dan ambil untung anda menggunakan analisis ketaktentuan

  • Mengakses analisis data pasaran merentasi pelbagai tempoh masa pada masa nyata

  • Tidak memerlukan pemasangan. Temuinya di Papan Pemuka anda

Jenis Analisis Autochartist

Pergerakan Besar

Mengenal pasti keadaan ketika pergerakan yang besar (sama ada naik atau turun) berlaku dalam instrumen kewangan. Jenis analisis ini digemari oleh pengikut trend begitu juga pedagang swing.

Lilin Berturut-turut

Mengenal pasti keadaan apabila banyak lilin telah ditutup pada arah yang sama. Jenis analisis ini sangat menarik untuk pengikut trend dan pedagang swing.

Paras Mendatar

Paras Utama Autochartist mengenal pasti paras sokongan atau rintangan mendatar pada paras harga penting. Pedagang mendapat pemberitahuan apabila pendekatan atau penembusan berlaku pada salah satu paras.

Corak Carta

Pedagang mendapat pemberitahuan secara automatik apabila Corak Carta muncul dan lengkap termasuk Segi Tiga, Baji (Wedge), Paras Tinggi dan Paras Rendah dikenal pasti manakala julat ramalan yang digambarkan secara automatik pada corak yang telah lengkap menunjukkan paras harga yang dijangkakan.

Corak Fibonacci

Autochartist mengenal pasti corak Fibonacci daripada sambungan, anjakan dan corak ABCD yang mudah dan jelas, sehingga persediaan yang lebih canggih seperti pembentukan Gartley dan Butterfly

Analisis Ketaktentuan

Analisis ketaktentuan diberikan pada persediaan dagangan penembusan yang mungkin menunjukkan paras henti rugi/atau ambil untung yang lebih sesuai

Alat Autochartist Perdana

Akses alat autochartist peringkat tinggi ini untuk deposit minimum tambahan bergantung pada jenis
akaun anda, atau dapatkan secara percuma dengan akaun Raw atau VIP!

Ketahui lebih lanjut berkenaan jenis akaun kami di sini.

Bersepadu Sepenuhnya dengan Platform Dagangan MT4 & MT5

Untuk memuat turun pemalam, anda perlu mempunyai akaun dagangan langsung dan membuat permintaan dengan menelefon pengurus akaun anda.
Belajar cara untuk memasang dan menggunakan pemalam Autochartist (EA) pada platform dagangan kegemaran anda dengan menonton video di bawah.

Tutorial Pemasangan

Modal anda berhadapan risiko

Tutorial Menggunakan Autochartist

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.